![]() |
||
Bilik Audio-Visual
Pendidikan Audio-Visual
Apakah pendidikan Audio-Visual ? Pendidikan Audio-Visual merujuk kepada pendidikan deria penglihatan dan pendidikan deria pendengaran. Alat bantuan mengajar "Pendidikan Deria Penglihatan" yang diaplikasikan ialah alat bantuan mengajar bersifat gambar seperti lukisan, slaid, foto dan sebagainya. Alat bantuan mengajar bersifat separa gambar seperti peta, graf, gambar gantung dan sebagainya , demonstrasi seperti persembahan , eksperimen dan sebagainya. Manakala perakam suara , pemain kaset dan radio pula dikategorikan sebagai alat bantuan pengajaran deria pendengaran.
TV Pendidikan dan Radio Pendidikan yang dilaksanakan di sekolah kami ditugaskan oleh Bahagian Pendidikan Audio-Visual, manakala Bahagian Alat Bantuan Mengajar di sekolah kami pula mengurus alat-alat bantuan mengajar deria penglihatan dan deria pendengaran yang lain seperti gambar gantung, model, peralatan sains ,alat bantuan mengajar subjek bahasa dan sebagainya.
Bahagian Pendidikan Audio-Visual akan membuat agihan kepada setiap guru untuk memimpin murid-murid menonton rancangan TV Pendidikan berdasarkan jadual waktu yang disusun oleh stesen TV. Manakala rancangan siaran radio pula akan dirakam oleh guru bertugas dan kemudian rancangan ini akan diperdengarkan kepada murid-murid di dalam kelas oleh guru.
Sambutan murid-murid terhadap kedua-dua rancangan ini adalah sangat menggalakkan dan mereka juga berminat terhadap rancangan ini. Selain itu, sekolah kami juga dilantik oleh Jabatan Pendidikan sebagai pusat O.H.P Sekolah Rendah daerah Banting. Slaid juga disediakan untuk pinjaman pelbagai aliran sekolah rendah secara bergilir-gilir.