Kelas kaunseling telah diadakan pada tahun1985. Kelas ini diadakan khas kepada
pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mereka , dan bagi mereka yang lebih
lambat untuk mempelajari sesuatu. Pada asalnya kelas ini diadakan untuk semua darjah ,
akan tetapi disebabkan masalah kekurangan guru , maka kelas kaunseling hanya khas diadakan
untuk pelajar darjah dua dan empat sahaja. |

Kelas kaunseling bertujuan untuk membimbing pelajar yang
kurang cekap. |
|
¡@
Mengikut pengalaman tahun lepas, seramai lima hingga enam pelajar lemah yang berasal dari
kelas dari kelas J,K,C dan B akan mengikuti kelas kaunseling. Kelas kaunseling bagi
pelajar darjah dua diberi gelaran sebagai kelas Pemulihan(2P). Kelas kaunseling ini
terletak di belakang kelas 2B. Memandangkan masa pengajaran hanya terhad kepada satu
hingga dua jam sahaja, oleh itu pengetahuan yang dipelajari oleh para pelajar juga amat
terhad. |
|
|
Kelas kaunseling telah membantu para lemah untuk
menguasai pelajaran mereka dengan lebih jelas. Mengikut catatan statistik, prestasi
akademik pelajar telah meningkat.Di samping itu, peratusan kelulusan peperikasaan pelajar
telah mencatatkan kelulusan sebanyak 50% ke atas. Kelas kaunseling ini telah memperbaiki
prestasi pelajar yang lemah dan membantu pelajar bukan Cina menguasai bahasa Cina dengan
lebih mudah. |
¡@
Kelas
kaunseling telah diaturkan dalam jadual waktu persekolahan harian pelajar. Pelaja akan
memasuki kelas kunseling masing-masing pada waktu kedua terakhir pada setiap hari Isnin
hingga Jumaat. Melalui kaedah ini, pelajar mempunyai masa yang lebih panjang untuk
mempelajari ilmu pengetahuan. Kelas kaunseling menekankan matapelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Cina dan Matematik. Pelajar akan diuji dengan format peperiksaan yang biasa
dijalankan. |
|
Kelas kaunseling biasanya
hanya diadakan pada setiap awal tahun hingga April.Tetapi kelas kaunseling tahun ini telah
ditangguhkan kepada bulan September.Ini kerana pada hujung tahun ini para pelajar akan
menghadapi peperiksaan akhir.Setiap kelas kaunseling hanya dibenarkan mempunyai 15 orang
pelajar sahaja.Tetapi bilangan pelajar telah meningkat kepada 31 orang karana wujudnya
bilangan pelajar yang semakin ramai dan kekurangan tenaga pengajar. |