bersih&ceria.gif (17189 bytes)
[ Up ]


Untuk memupuk sikap mementingkan kebersihan dan kesihatan di kalangan pelajar, pihak sekolah kami telah membentuk satu unit kebersihan yang disertai oleh para guru.

Guru yang bertugas akan meronda di sekitar sekolah bagi menjamin kebersihan sekeliling sekolah dan cuba menghapuskan tabiat membuang sampah-sarap di merata-rata tempat di kalangan pelajar.

Unit kebersihan telah menganjurkan pertandingan kebersihan mengikut ketampilan setiap kelas. Para guru akan bergilir-gilir bertugas untuk memberikan markah kebersihan bagi setiap kelas. Sijil-sijil penghargaan akan diberikan dan digantung di dalam kelas bagi tiga kelas yang memenangi johan, naib johan dan tempat ketiga.

Laporan ringkas tentang aktiviti unit kebersihan dan keceriaan alam sekeliling sekolah.

Ketua Penyelaras: Cikgu Tiung Shiu
Penolong Penyelaras: Lim Hau Hoon
AJK: Soh Lay Ching

Sokongan dan dorongan yang gigih daripada pihak sekolah telah dapat menyeru para guru dan kakitangan sekolah bertindak secara suka rela menyumbangkan sepenuh tenaga mereka bagi menjaga kebersihan alam sekeliling sekolah. Para guru dan kakitangan sentiasa saling bekerjasama tanpa mengira status tanggungjawab mereka masing-masing. Oleh kerana wujudnya kerjasama yang menggolokkan di antara kedua-dua pihak ini, warga sekolah kami dapat menjalani sesi persekolahan dan kesemua pengajaran dalam satu suasana yang nyaman dan bersih.

Back