![]() |
||
¡@
Penggunaan peralatan pengajaran
Pihak sekolah kami telah menggunakan pelbagai alatan pengajaran bagi penggunaan para guru semasa sesi pengajaran untuk mempertingkat keberkesanan pengajaran dan menarik minat para pelajar.Semua alat-alatan pengajaran diawasi oleh sekumpulan guru yang bertanggungjawab menyusun di tempat-tempat khas mengikut jenisnya.Semua bahan-bahan pengajaran akan direkodkan dalam satu borang senarai yang mencatatkan segala maklumat dengan lengkapnya bagi memudahkan para guru apabila membuat rujukan atau mengguna bahan-bahan tersebut.
Penggunaan bahan-bahan pengajaran dengan sepenuhnya oleh para guru dapat merangsangkan dan memotivasikan semangat minat belajar di kalangan pelajar dan mempetingkan tahap pemahaman pelajar tentang pelajaran yang disampaikan. Pengguna bahan-bahan pengajaran akan mempelihatkan hasil yang berlipat ganda dalam sisi pengajaran.
Memandangkan bahan-bahan pengajaran adalah beraneka jenis pada tahun1980, pihak sekolah telah mengarahkan para guru untuk mengedit dan menyusun bahan-bahan pengajaran. Di samping itu, semua guru dibekalkan satu salinan buku yang mengandungi segala maklumat tentang bahan-bahan pengajaran dalam bilik bahan 2 pengajaran untuk memudahkan rujukan mereka pada bila-bila masa.
Bilik bahan-bahan pengajaran terletak dalam perpustakaan (bilik mesyuarat masa kini). Bahan-bahan pengguna termasuk model, papan hitam besaiz kecil, photografi, gambarajah, dan lain-lain lagi.
Peralatan pengajaran dalam bilik bahan bantuan
tersusun dengan kemas, ini memudahkan guru-guru menggunakannya.